Skip to content

Kalam Mudirah

Principal-message

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi di atas nikmat dan kurniaanNya yang mengurniakan kita kehidupan dan kejayaan demi kejayaan khususnya dalam membangunkan SRI I-Quranic Centre sebagai sebuah institusi pendidikan yang masih berdiri teguh hingga saat ini.

Matlamat dan halatuju SRI I-Quranic Centre ditubuhkan adalah untuk membantu ibubapa di luar sana yang mencari-cari pusat pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan anak-anak terhadap Al-Quran dan Asas Fardhu Ain secara berfokus, profesional, sistematik dan memberi impak kepada perubahan sikap yang positif, berakhlak dan adab.

Suasana dunia hari ini pastinya sangat mencabar dengan pelbagai isu kebejatan akhlak, sosial dan tingkahlaku anak-anak yang tidak terkawal sehingga membawa kepada keganasan.

Maka kami berharap pendidikan Agama dan Al-Quran di SRI I-Quranic menjadi satu “SOLUTION” yang dapat membantu ibubapa dan masyarakat untuk memastikan keberkesanan pendidikan dan kesejahteraan anak-anak terjamin.

Apapun kepada Allahlah tempat kita berlindung dan berserah diri.

Jom sertai kami di SRI I-Quranic Centre.

Ustazah Suhana,
Founder SRI I-Quranic Centre.